5 CARA UNTUK MENJADI WANITA YANG BAHAGIA DAN BERJAYA

5 CARA UNTUK MENJADI WANITA YANG BAHAGIA DAN BERJAYA | Menjadi seorang wanita yang bahagia dan berjaya bukanlah semata mata hanya berkaitan dengan berpenampilan sahaja bahkan menarik sepanjang masa. Menjadi wanita Berjaya juga sebaliknya turut menjadikan pelbagai faktor lain yang turut membuatkan kita sebagai wanita mudah didekati rakan dan juga jejaka idaman. Jom baca bingkisan cara untuk menjadi wanita bahagia dan Berjaya.

Ada beberapa kaum wanita mungkin beranggapan bahawa kaum lelaki hanya memandang rupa paras yang cantik atau penampilan seorang wanita untuk dijadikan pasangan. Tapi betul ke?  Ada benarnya tetapi ciri fizikal tertentu bukan satu-satunya perkara yang diperhatikan kaum lelaki. Percaya atau tidak, seorang lelaki juga memerhatikan pelbagai perkara yang ada pada diri seorang wanita selain fizikal dan rupa paras.

5 CARA UNTUK MENJADI WANITA YANG BAHAGIA DAN BERJAYA

Kita juga boleh menjadikan hidup kita sentiasa bahagia setiap hari jika kita mahukan dan menentukan kejayaan sendii dengan membuat peraturan baru untuk merasa bahagia dalam hidup. Kebahagiaan adalah pilihan yang boleh mengubah mood dan emosi kita dengan mengubah fokus kita. Tahukah anda terdapat beberapa cara untuk menjadikan kita sebagai wanita itu bahagia dan berjaya.

  • Sentiasa Yakin 

    • Kebanyakkan  wanita yang berperwatakan penuh keyakinan ini mampu mengubah masa depan mereka. Contoh paling dekat, ada tak di sekeliling anda wanita yang menjadi ketua kumpulan mahu pun bos? Cuba lihat keyakinan mereka ketika melakukan sesuatu tugasan, mesti ramai yang kagum, bukan? Keyakinan wanita terletak pada diri sendiri yang menentukan. Ini kerana disebalik kesulitan pasti ada kemudahan untuk diselesaikan.
  • Sentiasa Bersyukur

    • Syukur ialah menzahirkan segala nikmat melalui lisan, hati dan anggota dengan cara lidah atau lisan mengiyakan yang makruf dan memujinya. Hati pula mengiktiraf dengan nikmat sedangkan anggota melakukan perbuatan yang diredhai kepada yang disyukuri. Sebagai wanita kita sentiasa mensyukuri nikmat, redha, sabar dan tawakkal atas segala musibah yang datang.

 

  • Sentiasa Memafkan

    • Wanita perlu tahu bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi ALLAH turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, ALLAH juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.  Memaafkan seseorang itu adalah sifat yang terpuji dan wajar dicontohi.

  • Sentiasa Menjauhkan Diri Dari Berburuk Sangka

    • Kita sebagai wanita perlulah sentiasa berfikiran positif dengan semangat waja dan tidak mudah berputus asa serta sentiasa menjauhi dari berprasangka buruk dan negatif serta bersabar. Kita kena ingat segala dugaan yang kita hadapi merupakan fitrah atau lumrah di dalam kehidupan manusia. Dan menganggap itu merupakan ujian daripada Allah SWT untuk mengenal pasti siapakah di kalangan hambaNya yang terbaik dari segi amal ibadat mereka di dunia.
  • Sentiasa Jauhi Dari Kebiasaan Yang Suka Marah

    • Perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata ketika marah itu ada benarnya. Kita akan hilang rasional apabila minda dikuasai nafsu amarah. Bersabar dalam keadaan marah pula bukanlah sesuatu yang mudah, jadi ia memerlukan sesuatu untuk merasionalkan kembali pemikiran. Diam ketika marah dapat mengelakkan kita berkata sesuatu yang tidak sepatutnya

Setiap dari kita pasti inginkan Kebahagiaan dan Berjaya didunia dan juga akhirat. Bahagia menjadi seorang isteri, bahagia menjadi seorang ibu dan bahagia menjadi seorang anak. Bila kita dah dapat semuanya, kita akan rasa seluruh kehidupan kit sudah cukup dan apa yang dikecapi itu adalah sebagai salah satu titik pemula kebahagiaan seorang wanita. Namun tidak semua dapat merasai nikmat bahagia. Saat mata memandang orang lain yang memiliki, kita memandang apa yang kita tiada. Tidak salah untuk kita perbaiki dan bermula dari sekarang atas sesuatu perubahan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *