Resipi Mee Kari Ringkas Sedap Senang Dan Mudah Yang Penting Pedas

Resipi Mee Kari Ringkas Sedap Senang Dan Mudah Yang Penting Pedas | Lama tak update perihal resepi tau. Tapi sebenarnya dah lama nak berkongsi dengan korang semua. Yes! ai memang suka memasak, bagi kami memasak adalah satu kepuasan. Tapi jangan terlalu expectation yang semua akan menjadi tau. Resepi kalini sangat senang dan mudah untuk  penyediaanya. Kalau ada tetamu sesat pun last minute boleh sahaja buat.

Mee Kari! kalau dengar nama resipi ni pasti ramai kata renyah sangat nak buat, ada macam-macam bahan yang wajib tersedia ada. Ya! memang betul pun cuma yang penting kita berbiap sedia sahaja. Bukan payah cemana pun. Kalau sebut Mee Kari, confirm terbayang macam-macam ramuan. Bagi ai lah kan kalau mee kari tu yang pasti wajib ada ayam dan pedas. Jom kita masak.

Resipi Mee Kari Ringkas Sedap Senang Dan Mudah Yang Penting Pedas

Bahan – Bahan Kisar 

  • 2 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 sb Udang kering
  • 3 sb Cili Kering (Pedas) siap kisar

Bahan – Bahan Lain 

  • 2 keping isi ayam dipotong kecil ( if ada seafood lagi bagus )
  • 1 peket bebola ayam
  • 2 batang serai diketuk sahaja
  • 20 biji Tauhu Pok potong dua
  • 2 peket kecil serbuk kari (Brand Babas warna merah)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • Rempah 5 beradik
  • 1 keping Asam Gelugor
  • Garam
  • Maggi Cukup Rasa
  • Air secukupnya

Bahan Hiasan (** bahan perlu di celur  dengan air panas)

  • Sawi / Kacang Panjang / Taugeh
  • Mee Kuning
  • Telor Rebus
  • Limau Kasturi
  • Bawang Goreng
  • Hirisan Cili Merah

Cara-Cara Penyediaan Kuah Mee Kari : 

  • Panaskan minyak, tumiskan serai yang telah diketuk, rempah 5 beradik dan bahan kisar sehingga naik bau yang nyaman. Masukkan serbuk kari dan sedikit air kacau sehingga kari tersebut pecah minyak. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil. Biarkan selama 5 minit.
  • Masukkan santan pekat dan cair kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan asam gelugor, serbuk perasa, dan perasakan garam. Kalau kuah nampak pekat sila tambah air sedikit demi sedikit ikut kesesuaian. Masukkan tauhu pok dan biarkan seketika.
  • Dah siap, bolehlah hidang dan buatlah hiasan ikut suka. ( If ada daun sup, racik sampai halus pun sedap makan dengan mee kari)

Selamat Mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *