Chicken Wrap dan Chicken Salad Wrap.Co Breakfast Memang Padu

Chicken Wrap dan Chicken Salad Wrap.Co Breakfast Memang Padu | Harini ai nak berkongsi dengan korang semua. Baru-baru ni ada satu supplier makanan padu yang memang wajiblah korang semua cuba. Bukan apa, homemade makanan yang beliau buat tu memang betul-betul padu. Pada awal nak cuba Chicken salad terus melarat order Chicken Wrap pulak. Ada tau menu terbaru, sila baca sampai habis.

Kalau korang yang ada sekitar KL atau Cheras dan Ampang bolehlah roger Wrap.Co Breakfast ni. Chicken wrap tu seakan makan dekat Kentucky Fried Chicken. Kalau yang selalu order twister haa! rasanya yang ni lagi berbaloi. Tapi boleh buat orang ketagih lah dibuatnya.

Chicken Wrap dan Chicken Salad Wrap.Co Breakfast Memang Padu

Yang ai tahu lah, Wrap.Co Breakfast ni menyediakan 3 menu yang sentiasa menjadi sebutan. Yang pasti dekat tiktok ada beberapa video mereka dah dikira FYP tau. Menu homemade yang disediakan seperti Chicken Wrap, Chicken Salad dan terbaru Meatball Ala Ikea. Harga pun murah dan tak tahulah founder tu ada untung atau tidak. Tapi harga murah dan sesuai dengan budget korang.

Menu yang disediakan memang sedap-sedap. Tapi untuk sekarang hanya tiga menu wajib untuk dicuba. Cuma selepas ni bakal ada pasta spagethi dan yang berkaitan dengan makanan barat serta sihat. Rasanya kalau ai sambung lagii bercerita bab makanan confirm dari kenyang terus jadi lapar.

Cheezy Spicy Chicken Salad by Wrap.Co Breakfast 

Didatangkan dengan ayam yang diperap dan memang betul-betul pedas. Disalut dengan tepung yang ranggup. Kombinasi sayuran yang disediakan memang portion besar dan sangat berbaloi untuk yang suka sayuran. Dengan 3 variasi sos. Founder ni selalu letak  banyak, menjadikan wrap tersebut juicy. Nama pun homemade. Rupa yang buruk, tapi rasa sangat padu dan sedap.

Chicken Salad by Wrap.Co Breakfast 

Yang ni, menu pilihan sesuai untuk mereka yang diet nasi. Kombinasi pelbagai salad, tomato dan sayuran lain termasuk lobak sudah cukup mengenyangkan jika disantap bersama fillet ayam bersalut ala KFC tu. Yang menariknya disertakan 2 jenis sos dan 1 sos wajib Thousand Island yang buat lebih korang akan tertarik dan tak cukup sebekas. Yang pasti kekenyangan tu sampai malam tau.

Meatball Ala Ikea by Wrap.Co Breakfast 

Kalau nak makan yang original terpulang. Tapi ai suka sos gravy ala ikea homemade yang disediakan tu tersangat sedap dan puas hati. Didatangkan dengan meatball yang telah diperap dan mashed potato gabungan sayur-sayur wajib. Sos tu korang kena cuba memang cukup syarat sedap dan padu. Meatball tu katanya diperap dengan sos perapan yang homemade dari founder tersebut.

Chicken Salad Sentiasa Menjadi Sebutan Dan Pilihan

Menu Chicken Salad selalu diperhatikan, bukan apa katanya ramai yang booking untuk ambil tempahan mingguan selama 5 hari bekerja. kira pakej lah dan harga pun murah berbaloi dengan isi yang diletakkan dalam sebekas. Ada yang dah bayar siap-siap pakej seminggu terus. Ada yang bayar siap-siap untuk sebulan terus. Sebab makan sebekas kenyang sampai malam. Jadi rasanya korang boleh lah cuba tau. detail boleh tengok dekat bawah. Dari kenyang terus jadi lapar.

Wrap.Co Breakfast 

Tiktok Wrap.Co Breakfast | Instagram Wrap.Co Breakfast 

Untuk Tempahan :

W/Apps Wrap Co Breakfast 

Cover Area :

Kuala Lumpur | Cheras | Ampang | Putrajaya | Kajang 

All By Lalamoves

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *