RIMMEL Match Perfection Foundation Terbaik Menutup Cela Jerawat

RIMMEL Match Perfection Foundation Terbaik Menutup Cela Jerawat | Ceritanya harini saja nak kongsi pasal barangan mekap yang wajib korang dapatkan. Cikbam suggest pun sebab dah cuba sendiri. Jujurlah kalau bab foundation ni, memang Cikbam pentingkan yang boleh menutuo seluruh cela.

Jika sebelum ni, Cikbam dah cuba pelbagai foundation termasuk matte dari jenama biasa-biasa sehingga jenama yang paling murah. Tapi tiada satu pun yang Cikbam puas hati. Rasa macam membazir gitu sahaja.

Kulit Berminyak Dan Mudah Tumbuh Jerawat

Kalau orang tanya, jenis apakah kulit Cikbam alami sekarang. Disebabkan Cikbam ada Sindrom Lupus Erimatosus (SLE) kebiasaan bila flare akan mula naik tompokan merah di sekitar muka. Namun jaga-jaga buat mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Untuk pengetahuan semua, kulit muka kita menghasilkan minyak semula jadi yang dipanggil sebum.Namun begitu, apabila kelenjar minyak dihasilkan lebih banyak daripada biasa, kulit muka anda akan kelihatan berminyak dan akan menyebabkan pori pada muka tersumbat seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

RIMMEL Match Perfection Foundation Terbaik Menutup Cela Jerawat

Dekat sini, Cikbam nak kongsi pengalaman sendiri setelah menggunakan sendiri RIMMEL Match Foundation atas saranan kawan-kawan di pejabat. Pertama kali menggunakan memang nampak biasa sahaja, setelah satu kali sapuan memang tersangat puas hati. Yang paling best menutup semua cela bekas jerawat yang ada.

Kalau korang nak tahu, RIMMEL ni merupakan jenama yang berpangkalan di London dan menawarkan produk solekan mampu milik bermula daripada asas, concealer, krim BB, gincu cecair dan banyak lagi. Kalau korang tengok sendiri produk Rimmel ni, memang akan buat rambang mata.

RIMMEL Match Perfection Foundation sangat selesa untuk dipakai untuk harian, memberikan sinar yang semulajadi untuk kulit anda, dan sebati dengan sempurna! Yang paling penting, formulanya juga mempunyai perlindungan SPF 20.  Dan tidak melekit seperti sesetengah foundation yang ada di pasaran.

  • Jenis: Cecair
  • Perlindungan: Nipis/Ringan
  • Kemasan: Kemasan Bedak Serbuk Bersinar Semulajadi
  • Perlindungan Matahari: SPF 20
  • Saiz: 30ml
  • Harga: ~RM30
  • Boleh didapati di Watson atau Guardian yang berhampiran.

RIMMEL Match Perfection Foundation Tahan Selama 24 Jam

Cikbam dah cuba sendiri buat ujikaji, tapi korang jangan follow pula tau, yang bagusnya RIMMEL Match Perfection Foundation ni, memang tahan lama lebih dari 8 jam, pernah sekali Cikbam terlelap sampai terlupa nak cuci muka, serius memang tahan.

Lepastu baru-baru ni, terkena hujan, serius foundation ni betul-betul kalis air. Even peluh pun tak mencacatkan foundation tersebut dekat muka.  Cikbam sangat puas hati, sampai borong 2 botol takut susah dapat stok. Sebab katanya RIMMEL ni tengah hangat diperkatakan.

Jangan lupa dapatkan di mana-mana rangkaian Watson atau Guardian yang berhampiran. Harga pun berpatutan, dan setakat ni, mendapat review or feedback sangat terbaik dari kawan-kawan pejabat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *