ShellOut Dapur Dusun Paling Murah Padu Di Ampang

ShellOut Dapur Dusun Paling Murah Padu Di Ampang | Ceritanya kalau dah berkali-kali repeat benda yang sama pasti sedap sampai setiap kali terasa nak makan shellout pasti akan ke Dapur Dusun Ampang. Sanggup datang dari Cheras semata nak dapatkan Shellout ni.

Terletak di Ampang, kedai tersebut sentiasa menjadi tumpuan pengunjung, kerana kapasiti kedai kecil tapi kebiasaan kalau saya sekeluarga nak kesana, sebelum tu cikza sendiri akan buat tempahan terlebih dahulu. Maklumlah kalau kedai dah sentiasa penuh, makanya better buat tempahan untuk dapatkan meja.

MENARIK SHELLOUT DAPUR DUSUN SAMPAI TERMIMPI-MIMPI

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa lah yang menarik sangat, sampai saya boleh repeat lebih dari 2 kali. Jom stay baca sampai habis. jujurlah, kesedapan shellout, titik utama terletak pada kuahnya tau. Dalam setiap hidangan shellout ada 5 jenis kuah yang boleh korang pilih antaranya seperti :

  • Dusun Original Sauce
  • Dusun Chili Sauce
  • Kham Heong Sauce
  • Dusun Berapi Ori Sauce
  • Dusun Blackpepper Sauce

Tapi antara di atas, Kham Heong Sauce sangat Cikza recommended  kan kepada anda semua, setiap ramuan, rasa yang ada semua cukup. Cuma agak janggal kalau buttermilk tiada sebab itupun salah satu sauce paling utama setiap shellout. Portion untuk 2 orang pun boleh sekali 3-4 orang turut serta dalam satu meja. Sebab setiap portion tu didatang kan ada pelbagai jenis seafood, seperti udang, sotong, lala, clamp dan lain-lain.

HARGA SANGAT BERPATUTAN DAN MURAH 

Jika ditanya bab harga setiap hidangan shellout bermula RM49.90 dan keatas. Tapi bagi Cikza sangat berbaloi untuk mencuba dengan harga yang murah, portion pun banyak. Yang paling best, jagung tu manis tau, tak puas kalau makan macamtu sahaja, wajib sauk sekali dengan kuah kamheong.

  • Set A RM49.90 untuk 2 px
    • Ketam
    • Udang
    • Kerang
    • Lala
    • Kupang
    • kepah
    • Jagung
  • Set B RM89.90 untuk 4 px
    • Ketam
    • Udang
    • Kerang
    • Jagung
    • Kepah
    • Ikan Siakap
    • Sotong
    • Lala
    • Kupang

Kami selalu prefer yang ada ikan siakap, sebab walau hanya 2-3 kerat sahaja yang jamah, tapi kalau kuah sedap setalam tu boleh habis tau. Tapi terpulang pada korang boleh mencuba variasi kuah yang telah tersedia. Dapur dusun ni sangat sesuai kalau ada nak buat reunion family, small family gathering dan sebagainya.

HIDANGAN SAMPINGAN PUN SODAP RAMBANG MATA MEMILIH 

Tadi dah cerita bab shellout, kalini nak korang sendiri rambang mata sampai menghentak kaki tak sabar nak kesana. Hidangan sampingan pun, korang wajib cuba. Bukan apa Cikza rambang mata tengok menu yang ada tau. Kalau ada peminat celop tepung sangat Cikza sarankan untuk mencuba, dah tak perlu nak pergi jauh ke Terengganu. Dapur Dusun yang dekat dah cukup berbaloi dan puas hati. Harga bermula dari RM 10 sahaja. Ada pelbagai antaranya

  • Celop Tepung Dulang Udang
  • Celop Tepung Dulang SOtong
  • Celop Tepung Dulang Ketam
  • Celop Tepung Dulang Cendawan

Itu baru Celop Tepung Dulang yang dah terasa macam makan di Terengganu pula. Pernah jadi, dah oder dekat kedai, tapi nak balik tu, siap tapau 2 set lagi tau sebab nak santai-santai sambil tengok tv sambil buat air layan Celop Tepung yang kami tapau tadi. Ni satu lagi, Ikan bakar Petai, pun Cikza sarankan korang cuba. ni salah satu kegemaran Cikza. Kuah Petai tu berasa sangat tau, terbaikk an sangat puas hati.

Bagi yang ingin mencuba shellout di rumah, penghantaran juga atau self pickup turut disediakan tau. Yang penting boleh call untuk buat pilihan menu yang tersedia. Seingat Cikza  2 kali pernah cuba nak pekena Shellout tapi 6.30 petang dah diberitahu dah Sold Out semuanya. Dah boleh lah korang semua cuba sendiri baru tahu terangkat atau tidak.

DAPUR DUSUN @ DUSUN KITCHEN 

8g Persiaran Cahaya 2, Taman Cahaya Indah, Ampang

www.wasap.my/60182887233/DusunKitchen 

Isnin ( Tutup) Selasa – Ahad (Buka) 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *