Resepi Nasi Hujan Panas Paling Senang Cepat Dan Sedap

Resepi Nasi Hujan Panas Paling Senang Cepat Dan Sedap | Baru-baru ni, cerita sebelum raya, suami ada buat permintaan nak ayam masak merah kering-kering dan pedas, secara kebetulan last minute pula ajaklah adik ipar berbuka puasa di rumah. Lama lah tak berbuka puasa bersama-sama since adik ipar no 2 tu dah kahwin, ada 2 lagi yang single. Kalau berkenan boleh DM

Bila dah ada permintaan ayam masak merah takkan nak jamah dengan nasi putih sahaja, mujurlah cukup bahan semua dah ada, terus tergerak nak buat nasi hujan panas, sepanjang kahwin, ini lah pertama kali Cikza buat nasi hujan panas untuk suami tau. lawan dengan ayam masak merah termasuk jelatah timun dan nenas pun sedap. Resepi ni sangat ringkas tapi sedap walau ada beberapa bahan sy derhakakan. Tapi tak salah mencuba.

Resepi Nasi Hujan Panas Senang Cepat Dan Sedap

Bahan-Bahan : 

  • 5 pot beras basmathi
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar Unsalted Butter Anchor
  • Daun Pandan
  • Rempah 5 sekawan
  • Pewarna
    • Hijau
    • Kuning
    • Merah
  • Garam secukup Rasa

Bahan -Bahan (Kisar Halus)

  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara Penyediaan : 

Basuh beras, dan toskan sehingga kering, bila dah kering masukkan terus ke dalam periuk nasi, cara sukat beras tu wajib gunakan pot yang sama untuk sukatan air dan susu cair, tapi saya suka lebihkan sedikit susu cair biar nampak berlemak sikit.

Panaskan 3-4 sudu butter dan tumiskan 5 sekawan sebelum masukkan bahan kisar tadi, masak sehingga naik bau ranum, Tumisan kalau betul-betul pecah minyak akan naik bau yang agak sedap lepastu saya gantikan minyak sapi kepada butter bau tumisan tu wangi sangat.

Masukkan daun pandan kacau seketika, baru masukkan susu cair dan air, jangan lupa perasa garam juga tau, biarkan mendidih seketika. Nasi hujan panas inilah antara yang paling senang nak masak termasuk nasi minyak, rempah dan sukatan sama sahaja.

Bila dah mendidih, terus masukkan ke dalam periuk yang berisi beras yang telah di toskan tadi, dan bolehlah masak seperti biasa. Bagi pengguna periuk tefal, kebiasaan saya akan menggunakan mode Quick Cooking. Nasi akan menjadi perfect cantik dan tak peroii.

Bila nasi tu dah masak, barulah titik dengan pewarna, caranya tuang sedikit dekat penutup botol pewarna lepastu titik seperti biasa, jangan terus kacau. Biarkan kalau boleh lagi lama, lagi nampak cantik warna tu, sebenarnya. ini ajaran arwah mama. kebiasaan sy akan masak nasi dahulu, baru lauk sampingan. Bila semua lauk dah masak, baru boleh kucar nasi tu, warna tu statik melekat pada nasi tersebut.

Terima kasih dan selamat mencuba!! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *