Datuk K kagum Tinggi Dengan Kepakaran RichWorks

Datuk K kagum Tinggi Dengan Kepakaran RichWorks | Datuk K kagum Tinggi Dengan Kepakaran RichWorks | Datuk K sama seperti yang lain, sudah tahu benar  tentang RichWorks International Sdn Bhd termasuk pengasasnya yang bernama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Malah Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri telah dijemput oleh Datuk K untuk makan malam bersama keluarganya bersempena majlis ulang tahun kelahiran Datuk K baru-baru ini. 

Datuk K telah menjemput Datuk Wira Azizan Osman untuk makan malam di rumahnya bersama keluarga terdekat. Secara tidak langsung, kita semua dapat tahu yang Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai hubungan yang agak akrab dengan keluarga Datuk K sendiri. Kenapa? Jawapannya kerana Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan mentor untuk perniagaan salah seorang anak Datuk K yang bernama Asyraf.

Setinggi Penghargaan Buat Datuk Wira Dr Azizan Osman

Bersempena dengan majlis itu juga, Datuk K telah mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman atas sebab membantu membimbing anaknya Asyraf Khalid. Untuk pengetahuan anda, Asyraf sebenarnya merupakan salah seorang ahli  program Titanium di bawah bimbingan RichWorks. Ahli Titanium ini telah mendapat bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.

Titanium RichWorks ternyata sangat hebat di mana terdapat para usahawan yang telah membuat jualan dari 1 juta sehingga 100 juta setahun. Satu pencapaian yang sangat luar biasa bukan? Pasti kita juga tertanya-tanya apa yang mereka lakukan hingga boleh berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri telah membuktikan dirinya boleh berjaya dalam bisnes dan kehidupan hanya dalam tempoh tiga tahun di atas bimbingan Datuk Wira. Keseronokan mencapai kejayaan inilah yang membuatkan Datuk K bersungguh-sungguh ingin berterima kasih secara berhadapan dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.  Video yang dirakam dengan ucapan oleh Datuk K ini telah mendapat tontonan seramai 15 ribu orang dalam tempoh masa beberapa jam sahaja. 

Selain ucapan terima kasih Datuk K terhadap Datuk Wira Dr Azizan Osman, Asyraf selaku seorang ‘pelajar’ dan anak didik yang tahu untuk mengenang jasa mentornya, turut memberikan kata-kata ucapan secara tulus berkaitan apa yang diraihnya. Berikut adalah ucapan yang keluar dari hati Asyraf sendiri setelah melalui semua proses perniagaan ini.

“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,” katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. .”

Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” jelasnya. ..”

Ashraf dan Datuk K melahirkan kesyukuran juga untuk perkara-perkara berikut:

  • Mempunyai Mentor yang boleh membimbing dalam perniagaan
  • Mempunyai kenalan usahawan yang berjaya dan tidak kedekut ilmu
  • Mentor bersungguh-sungguh bantu sampai jadi
  • Mempunyai hala tuju yang jelas serta matlamat untuk terus melangkah ke hadapan
  • Dapat dibimbing secara terus oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman

“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujarnya. 

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 

Kepakaran RichWorks Bukan Sekadar Dongeng

Richworks International adalah sebuah syarikat usahawan yang fokus kepada pemasaran usahawan dan pembangunan peribadi. RichWorks merupakan penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia. Dahulunya Datuk Wira Dr Azizan Osman bermula sebagai jurulatih pemasaran secara sendirian. Tapi kini beliau mempunyai syarikat dan mendapat pengiktirafan global dalam bidang usahawan di peringkat yang sangat tinggi.

Dengan visi ‘please results’ untuk menjadi rangkaian Netflix pendidikan usahawan dengan 100 juta pelanggan pada tahun 2025, ia secara tidak langsung telah memberi akses kepada kandungan ilmu berkaitan pemasaran berdasarkan hasil dan penyelesaian. Ini semua berkat pengalaman yang sudah banyak dikutip oleh RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. 

Kata Datuk K Buat Azizan Osman

Datuk K juga tidak menyangka apa yang berlaku kepada anaknya hingga berlaku perubahan demi perubahan positif. Situasi ini menyebabkan Datuk K terbuka hati untuk melihat siapakah Datuk Wira Dr Azizan Osman yang sebenarnya. 

Setelah mengenali Datuk Wira, ternyata Datuk K berasa sangat kagum kerana kejayaan Datuk Wira Dr Azizan Osman  yang mampu melahirkan ramai usahawan jutawan bukannya satu perkara mudah untuk dilakukan. Apatah lagi membayangkan cara Datuk Wira membimbing usahawan bakal jutawan dengan sikap terpuji sebagai cerminan peribadi.

Ingin dibimbing oleh RichWorks International Sdn Bhd? Jangan Terus Buang Masa Dan Bertindaklah Segera!

Anda kena tahu dulu apakah tahap perniagaan anda dan apakah yang anda mahukan. Sekiranya anda jelas, eloklah untuk mempunyai Mentor kerana semuanya atas diri sendiri juga. Sekiranya anda perlukan pertolongan, RichWorks sentiasa bersiap sedia untuk membantu.

Boleh layari laman web utama RichWorks atau terus sertai channel Telegram rasmi RichWorks untuk pelbagai info dan tips bisnes yang menarik dan terbaik. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *