Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Untuk Harian Dan Sebulan

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Untuk Harian Dan Sebulan | Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Rasanya pada bulan Rejab ni, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk ganti puasa. Alhamdulillah. Tapi Jangan risau, harini saya nak berkongsi lafaz niat puasa bagi mereka yang terlupa. Maklumlah setahun sekali.

Pengertian Puasa Dari Segi Istilah

Puasa adalah menahan lapar dan dahaga termasuk perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dengan beserta dengan niat. Jadi mereka yang cukup syarat wajib berpuasa di bulan Ramadhan kecuali ada sebab yang memudaratkan seperti sakit, datang bulan dan sebagainya.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa..” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Untuk Harian

Dibawah ini, saya akan berkongsi Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan untuk harian yang boleh memberi manfaat pada anda semua.

ُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Untuk Sebulan

Tapi sebahagiannya ada yang niat berpuasa untuk sebulan terus sehingga akhir bulan ramadhan. Rasanya lagi mudah dilafazkan untuk sebulan terus, agar anda tidak terlupa.

ُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Cara Lafaz Doa Berbuka Puasa 

Lafaz doa berbuka puasa ni saya selitkan sekali agar bermanfaat kepada semua.

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Setelah kita penat seharian berpuasa, betapa Allah menyanyangi hambanya, beliau mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang muslim berpuasa memanjatkan doa kepadaNya. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat. Semoga ianya bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *