Program Dan Kelas Doktor Azizan Osman Tahun 2022

Program Dan Kelas Doktor Azizan Osman Tahun 2022 | RichWorks International ataupun dikenali sebagai syarikat usahawan latihan bimbingan nombor satu di Malaysia ini, menawarkan pelbagai jenis program pendidikan usahawan. RichWork International diasaskan oleh Dato’ Wira Dr Azizan Osman yang sangat terkenal sebagai jurulatih bertaraf dunia pemasaran dan kepimpinan. Pengalaman Datuk Wira Azizan Osman adalah sejak tahun 2008 lagi. Beliau telah membantu ramai usahawan dalam memulakan perniagaan sehinggalah bisnes berkembang dengan maju jaya.¬†

Rata-rata usahawan yang berada di bawah bimbingannya adalah mereka yang komited dibimbing. Ini kerana kelas dan program yang dianjurkan mempunyai syarat-syarat tertentu untuk disertai, antara contoh pengajaran dan program Mentor yang diadakan adalah kumpulan Titanium, Spire dan juga Elite-X.

TITANIUM SPIRE DAN ELITE-X KINI SEMAKIN MENJADI SEBUTAN DIKALANGAN USAHAWAN 

Kelas Titanium adalah bagi pelajar usahawan yang ingin mencapai jutaan jumlah jualan namun syaratnya mereka adalah perniagaan yang sudah berkembang dan telah berada di level yang lebih tinggi berbanding para pemula. Kelas Spire adalah kelas untuk memastikan usahawan mencapai 1 juta pertama jumlah jualan dalam tempoh enam bulan sehingga 1 tahun. Kelas Elite-X pula merupakan kelas bagi para pemula yang ingin mencapai jumlah jualan RM 30,000.

Kelas percuma juga diadakan seperti Bangkit Bina Bisnes Berjaya, Zero Kos Marketing dan lain-lain lagi. Datuk Wira juga giat mengadakan live di Facebook untuk berkongsi tips berniaga yang diadakan secara PERCUMA sahaja. Malah mereka turut menjemput usahawan jutawan yang telah berjaya untuk berkongsi kisah yang sangat menginspirasikan.

DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN BERKONGSI CABARAN BERNIAGA HARINI SELEPAS PANDEMIK

Mari ikuti perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman berkaitan dengan cabaran masa kini berniaga dan peluang menimba ilmu seperti kumpulan Titanium. Sangat Beruntung Titanium Kerana telah dibimbing oleh Datuk Wira dan RichWorks. Apa yang dikatakan oleh Datuk Wira Dr Azizan ini harus kita ambil peduli kerana inilah cabaran sebenar untuk perniagaan 2022.

” Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini…”

” Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa..”

“Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang…”

“Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi…”

” Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini…”

PROGRAM LIVE SESSION BERSAMA DATUK WIRA DR AZIAN OSMAN


Terbaharu Datuk Wira mengadakan sesi live dalam chat voice pada hari Ahad jam 8 pagi. Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini membincangkan berkaitan dengan 10 cabaran usahawan selepas pandemik dan 2022. Usahawan boleh sertai saluran telegram untuk bersama-sama dalam sesi Datuk Wira dengan lebih rapat.

Jom! Kita sama-sama klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *