
MyBurgerLab MyTown Burger Padu Unik Berbaloi Untuk Mencuba | Ceritanya kami suami isteri ni, memang suka jalan-jalan cari makan. Kisanya ni sebelum disahkan SLE Flare lagi dan Covids3, Suami yang baik akan cuba tunaikan permintaan isterinya.

Disebabkan suami kita selalu banyak luangkan masa dengan sukan, biasalah macam kami belum ada rezeki zuriat lagi, si isteri terasa feeling macam rasa sorang-sarang gitu. Tapi alhamdulillah kami lalui 5 tahun kehidupan dan bahagia dengan cara kami sendiri. Alhamdulillah orang kata punya suami yang baik itu bonus.
PERTAMA KALI ORANG KAMPUNG CUBA MAKAN BURGER MAHAL
Biasalah, kami ni macam orang kampung baru masuk bandar, walhal masing-masing dibesarkan di kawasan bandar. Tapi memang betul, tekak ni teringin nak makan MyBurgerLab sebab kebetulan berhampiran dengan rumah, kebiasaan masuk je Mytown Cheras hanya lalu je depan MyBurgerLab tu. Pernah juga terasa nak mencuba, tapi kebiasaan selalu je penuh.
Baru-baru ni, balik kerja, start je motor terus tuju MyBurgerLab, tak kira lah hujan sanggupp ku redah semata nak cuba menu burger kat situ yang di katakan unik sangat. Masa sampai je dekat kaunter, biasalah orang kampung terus dua-dua gagap nak order burger tapi hati berkobar-kobar nak cuba. Maka secara tak langsung, terpaksa minta bantuan adik kaunter, suggest kan burger apa paling unik dan selalu menjadi pilihan orang ramai kalau berkunjung ke MyBurgerLab.
“Sayang, betul ke tindakan kita nak makan burger ni? abang tak reti nak makan benda-benda unik macam ni..”
For surely, korang mesti nak tahu apa menu yang disyorkan oleh kami si orang kampung ni. Rasanya menu ni, agak rare juga bagi saya dan suami, jarang sekali pernah mencuba. Tapi pertama kali mencuba, memang berbaloi untuk di cuba dan kombinasi ramuan dalam tu agak bersesuaian. Tapi sila baca sampai habis, dan jangan skip tau.
Jammin With Elvis Ramuan Unik Ada Peanut Butter
Alright, jom teman saya makan, Jammin With Elvis berharga RM19.90, jangan risau semua dah siap set. N ama unik setanding dengan rupa burger tu, ramuan dalam tu adalah gabungan peanut butter, patty beef burger dan blueberry jam memang padu dan sangat-sangat kena dengan tekak saya yang sememangnya hantu burger. Jujurlah saya pernah mencuba burger di street food with also peanut butter, sememangnya jujurlah gabungan dua tu memang padu, jarang sekali nak jumpa di mana-mana.
Keasyikan saya, sampai buat saya terlupa yang suami depan mata, serius memang sedap. Gabungan termasuk blueberry jam tu sebab nak nampak kelainan dan unik pada menu resipi tersebut, maybe orang barat pun ada menu seperti ni kan. gabungan sos yang ada dalam hidangan tu pun sedap dan pada saya berbaloi untuk dicuba,
Hangover Gabungan Maple Syrup dan Mushrooms Pairs
Ini pilihan yang disyorkan untuk suami saya, Hangover Beef berharga RM21.00 didatangkan bersama set sekali dengan air gabungan maple syrup, ada hashbrown dan kepingan mushroom. Gabungan ni sangat mantap, walaupun sebanrnya maple syrup suami tak berapa gemar tapi, alhamdulillah penerimaan beliau sangat positif dengan menu tersebut. Pertama kali mencuba menu sebegini, gabungan, maple syrup yang manis dan saya rasa tak ramai yang menyukainya. Tapi bagi saya menu ni sangat unik dan ada kelainan tersendiri.
Umami Mashed Potato, Pop Corn Chicken & Awesome Fries Sebagai Sampingan
Kami ambil 2 menu sampingan tambahan, macam umami mashed potato berharga RM8.00 dan ada satu lagi menu terlupa namanya, seakan bebola tapi dip sauce sedap. Baru teringat! Pop Corn Chicken berharga RM12.90 untuk di cuba, sangat berbaloi. Termasuk awesome Fries berharga RM8.00. Bagi saya not bad jugalah. sampingan tu sebagai langkah penambah perasa agar tak muak makan burger dan lepak santai.
MyBurgerLab MyTown Burger Padu Unik Berbaloi Untuk Mencuba
Sejujurnya, jika korang yang suka lepak santai, di MyBurgerLab agak sesuai, konsep deko dalam tu, memang sesuai untuk mereka yang sukakan lepak santai sambil makan bersama kawan-kawan. Why not korang kena cuba menu-menu yang ada dekat situ. Tak rugi mencuba dan boleh kongsikan pada semua. Terima kasih MyBurgerLab sebab sajikan hidangan yang mantap-mantap.
Target makan mewah hanya sebulan sekali sahaja, begitulah perancangan kami suami isteri, jika nak makan betul-betul tekak kayangan kami akan memilih 1-2 sekali dalam sebulan. Lepastu memilih makanan biasa-biasa sahaja. andai tak puan isteri mengaturkan. Sebab tahun 2022 ni berazam nak buat pelaburan emas pula. kena ambil langkah berjimat,
MyBurgerLab Mytown
G-020, Ground Floor, MYTOWN SHOPPING CENTRE,
No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
ya ampur terliurnyaa tengok ..hahah
ok boleh masuk list terjah bila turun keyel~
dah ! masuk list cepat bila sampai kl nanti.
Ooo sedap ek cikza. Ok next time leh la cuba. Kte lom cuba sebab kureng sikit burger2 ni
you should try kak min, bawa kapten cook. tp ada burger yang tak kena ngan tekak, tapi yang hat elvis ni sangat kena ngan tekak
wah lama tak makan burger, nampak sedap jugak burger yang Cik Za makan dengan suami nih… Free-free nanti nak ajak suami ke situlah
try bondaa ada macam-macam burger ikut kesesuaian tekak bonda.
Nama buger pun susah nak sebut .. good sharing. .. tau jugak ade burger mcm tu
Nama buger pun susah nak sebut …. tau jugak ade burger mcm tu
hahahhah! dah macam dalam makmal bunyinya
Bila baca bahan2 yg dinyatakan, rasa macam pelik la juga. Tapi maybe rasa tu sedap.
Harga not bad, bolehlah. Still kira reasonable juga, lagipun bukan makan selalu. Once in a while makan jamu diri sendiri, apa salahnya.
tempat-tempat camtu hanya sebulan sekali, kalau seminggu sekali ranap duit habiss
Uniknya menu dia. Gabungan rasa dari bahan-bahan tu lain macam betul.. terliur tengok hidangan sampingan tu. Nampak yummy sungguh.
itulah, gabungan ramuan tu lah jadi unik sekali
Fuhh.. nampak sedap semua makanan tu nyummsss. Sekali sekala merasa apa salahnya kan hehe. Makanan mahal kalau sedap rasanya, nak repeat makan berkali-kali pun tak kisah kan hihi
nampak sedap, ada yang kena ngan tekak and ada yang x berapa kena dengan tekak. biasalah tekak orang kampung
tu diaaa….. ni saja nak mendera perasaan orang ke apa ni? hahahahha.. .sedap teruk tengok ni oiii.. terliur dibuatnya! aduh
penangan teringin kat anak tekak! bukan apa, kalau teringin jangan dilengah-lengah terus ngap je