APLIKASI MINDFUL MUSLIM BANTU TERAPI MINDA JIWA & ROHANI

APLIKASI MINDFUL MUSLIM BANTU TERAPI MINDA JIWA & ROHANI | Assalammualaikum & Salam Sejahtera semuanya. Harap korang dalam keadaan sihat walafiat. Tatkala mencoretkan entri ni, ai masih lagi di hospital. Menanti waktu untuk discaj sahaja. Biasalah bila kita duduk di hospital terlalu lama, ditambah dengan beberapa ujian yang allah berikan pada saya, membuatkan saya menjadi terlalu tidak bersemangat dan ceria seperti selalu.

Dengan ujian berat yang allah berikan ini juga saya mengalami depressi stress yang belum sampai tahap makan ubat lagi, tapi mampu mengawal melalui minda dan hanya perlukan sokongan dari keluarga, dan sahabat terdekat. Pengalaman kehilangan ibu, Covid Fighter Stage 3 dan SLE Flare sudah cukup buat saya menjadi semakin tidak bersemangat.

Tapi sehingga harini, saya cuba untuk kembali bersemangat seperti selalu, melalui penulisan dan perkongsian mungkin boleh dijadikan satu terapi yang boleh saya dapat pulihkan semangat dan jiwa saya seperti dahulu. Baru-baru ni saya sepanjang kuarantin, pengalaman itu cukup menyedihkan sebab saya lalui tanpa ibunda tercinta. Tapi berkat sokongan keluarga dan sahabat handai serta mereka seperti saya di wad tersebut, sedikit sebanyak membantu memberi sedikit semangat untuk saya bangkit kembali. Rupanya bukan it sahaja, Baca sampai habis!

APLIKASI MINDFUL MUSLIM BANTU TERAPI MINDA JIWA & ROHANI

Baru-baru ni, rupanya ada satu aplikasi yang sangat membantu untuk terapi minda, jiwa dan rohani kita. Saya dapat tahu baru ni pun dari dalam Playstore by suggest. Selain kita berzikir, mohon pertolongan allah untuk membantu pulihkan semangat, jiwa kita kembali. Aplikasi ini sangat membantu saya sepanjang saya dikuarantin dan di wad medikal.

Dengan adanya aplikasi ini, memang sangat membantu saya dalam terapi minda, jiwa dan rohani saya semakin pulih dan semangat saya sedikit sebanyak kembali sedikit demi sedikit dalam masa yang sama dapat tingkatkan lagi kerohanian untuk saya lebih istiqamah dan lebih banyak masa dengan Allah S.W.T sepanjang kuarantin.

DILENGKAPI BACAAN AL-QURAN KISAH NABI CERAMAH MOTIVASI YANG SANGAT TERKESAN JIWA

Bagusnya aplikasi ni, saya nak kongsi ia dilengkapi dengan bacaan ayat quran, kisah-kisah nabi, zikir, ceramah motivasi yang sangat buat korang terkesan, ruqyah termasuk doa harian sambil mengaji dengar alunan alam semulajadi, jiwa boleh rasa tenang yang amat tau. Jujurlah aplikasi ni sangat sesuai dan membantu korang saat-saat hadapi kemurungan, keseorangan, dan dikuarantin sepanjang Covid-19.

Dilancarkan pada tahun 2020, rupanya aplikasi ini telah dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat alih suara. Aplikasi Mindful Muslim ini boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.

PENGGUNA SETIA APLIKASI MINDFUL MUSLIM 

Seperti orang lain, saya juga turut menggunakan aplikasi ini dan jujurnya dengan aplikasi ini saya lebih dapat tenangkan diri, sambil mendengar bacaan surah-surah al-Quran, termasuk juga mendengar kisah-kisah nabi dan pelbagai lagi.

Penggunaan aplikasi ini juga sangat senang kerana view landai sangat cantik dan menarik. Selain dapat membuat pilihan surah-surah, sirah nabi dan pelbagai lagi. Paling menarik dalam banyak-banyak  fungsi yang saya tertarik adalah  pada ruqyah di mana saya mempunyai pilihan untuk memilih ruqyah mengikut kategori pilihan masing-masing. Termasuk beberapa part ceramah motivasi yang disediakan ianya sangat membantu.

APLIKASI MINDFUL MUSLIM BANTU TERAPI MINDA JIWA & ROHANI

Aplikasi Mindful Muslim memang sangat friendly user ia bukan sahaja untuk pengguna menenangkan jiwa tetapi turut membantu untuk saya lebih  mendalami agama Islam dengan pelbagai kandungan yang tersedia ada dalam aplikasi tersebut. Rasanya ia memberi manfaatkan untuk korang semua secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan Allah. S.W.T

Bagi mereka yang dapatkan aplikasi ni korang boleh dapatkan di

Mindful Muslim | Mindful Muslim Instagram

Apple IOs – https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513

Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim


Feedback Apps Mindful Muslim

Rata-rata yang memberi feedback pun sangat bagus, dalam playstore sahaja semua yang saya baca, memberikan gambaran positif, yang aplikasi ni sangat membantu dalam terapi mereka seharian, termasuklah saya turut meninggalkan momen feedback betapa bagusnya untuk aplikasi ini diperluaskan.

 

19 thoughts on “APLIKASI MINDFUL MUSLIM BANTU TERAPI MINDA JIWA & ROHANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *